Servis Graphic Design

Cari servis design yang cantik dan pantas? Jika Ya, anda berada di tempat yang betul.

Selain printing, Stickiz juga menyediakan servis design untuk hampir semua jenis grafik design yang anda mahu seperti logo, sticker, flyers, business card, brochure, packaging, letterhead, fb cover timeline, iklan fb dan macam-macam lagi.

Ramai yang boleh buat grafik design tetapi TIDAK ramai yang boleh buat design yang menarik perhatian pelanggan. Di Stickiz, design yang menarik adalah kepakaran kami.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Servis Grafik Design dari Stickiz.

1. Dijamin Cantik dan Puas Hati

  • khidmat designer professional 

2. Design yang Pantas.

  • Servis design yang pantas 1-3 hari bergantung saiz dan details. 
  • Design terkini yang modern
  • Boleh request masukkan macam2 details dalam design 

3. Boleh edit hingga puas hati.

  • 1st draft siap dalam 1-2 hari
  • Boleh request edit sehingga puashati

4. Jika mahu print sekali pun boleh.

 

Info & Senarai Harga Design

Design Berkaitan Printing (harga lebih rendah jika anda ambil servis printing)

Design Business Card – RM40

Design Flyers Single Side – RM60
Design Flyer Double Side – RM100

Design Brochure – RM100

Design Sticker – RM40

Design Button Badge – RM40

Design Banner/Bunting (ringkas) – RM50
Design Banner/Bunting (banyak maklumat) – RM80

Design Kotak Packaging – RM80

Design Paperbag – RM40

Design Promotion Counter – RM50

Design Kalendar Dinding – RM40
Design Kalendar Meja – RM90

Design Buku Resit – RM40

 

Design Berkaitan Branding atau Pengiklanan.

Design Cover Timeline FB – RM40

Design Iklan FB – RM60

Design Logo Bisnes – RM150

Design Minisite/blog header – RM55

Design Photomanipulation – RM150

 

Berminat Untuk Tempahan?

 

 

 

 

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

 

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

 

Banner & Bunting

Bisnes/Produk Apa Sesuai Guna Bunting atau Banner?

– Kedai makan atau cafe
– Spa dan Salon kecantikan
– Kedai buku
– Dobi layan diri
– Butik Pengantin
– Kedai Car Wash
– Butik Pakaian
– Pasaraya
– Pusat Tuisyen / Pusat Servis
– Karnival atau Road Show

Apa Beza Banner dengan Bunting?

1. Banner

Ramai orang tertukar atau tak dapat bezakan antara BANNER  dan BUNTING. Mudah saja sebenarnya untuk bezakan. Banner biasanya Melintang manakala Bunting pula biasanya menegak. Banner Biasanya ada lubang untuk ikat tali dan gantung di tempat yang sesuai. Banner biasanya bersaiz besar. Contoh banner adalah seperti gambar di bawah,

2. Bunting

Bunting pula biasanya dalam keadaan menegak. Lebar biasanya 2 kaki atau 3 kaki. Bahagian atas dan bawah bunting ada kayu atau pipe pvc untuk support bunting tersebut semasa digantung. Berikut contoh bunting.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Banner Bunting dengan Kami

1. Design yang professional

Designer Stickiz bukan calang-calang orangnya tau. Ada ijazah dalam Art & Design. Memang jiwa dah bidang Art & Design ni. So anda tak perlu risau, kami boleh jamin mesti cantik punya design banner atau bunting anda.

2. Design siap dalam 3 hari bekerja sahaja

Kami faham kita sebagai businessman mesti lah busy kan, semua benda mesti nak siap cepat betul tak? Stickiz akan siap kan dalam 3 hari bekerja. Cepat kan. Sambil-sambil anda buat kerja tu tiba-tiba eh dah siap dah design? Lepas tu tinggal edit mana yang patut, dah boleh print dah.

3. Proses siap yang cepat.

Sepantas dalam 2-3 hari sahaja selepas korang comfirm design, Kiz akan cepat-cepat siapkan design kemudian print cantik dan kemas untuk korang.

4. Material Banner / Bunting yang berkualiti tinggi

Jom Stickiz bantu dengan Klik Whatsapp dibawah dan buat tempahan sekarang!

 

Paperbag Kertas Print Murah

Paperbag kertas seperti sesuatu benda wajib, sebagai peniaga kita perlukannya untuk beri kepada pelanggan apabila pelanggan beli barang dari kedai atau butik kita. Bayangkan, kalau kita tak ada paperbeg macam mana nak beri produk atau barang kepada pelanggan. Takkan nak bagi plastik pasar malam, macam tak bestkan.

Seronok tak kalau ada pelanggan beli produk atau barang dari kedai kita dan bawa paperbeg bersama di tangan dan rakan yang lain pun nak tahu apa yang dia beli. Paperbeg juga salah satu benda penting untuk marketing, sebab logo dan design yang terletak di paperbeg dapat menarik perhatian pelanggan yang lain.

  

Paperbag Sebagai Branding Bergerak Anda

Kita boleh buat marketing dengan paperbag, contoh apabila pelanggan bawak paperbeg ada nama brand kita itu adalah free marketing, anda tak perlu bayar iklan untuk marketing lagi kan dah jimat kos. Apabila orang nampak brand di paperbeg tersebut orang akan nampak kita ni professional serta kretive kerana mempunyai paperbeg brand sendiri.

Nampak Professional

Setiap kedai atau butik yang mempunyai paperbeg brand sendiri akan nampak professional. Perbezaan mempunyai paperbeg brand sendiri dengan bagi plastik biasa dekat pelanggan seperti di kedai runcit adalah ia tak nampak professional. Beri beg plastik dekat pelanggan tiada beza dengan beli barang di kedai runncit kerana ia mudah di dapati.

Pelanggan Suka Bila Dapat Paperbag

Ada sesetengah pelanggan gemar kumpul paperbeg sebagai koleksi mereka. Seronokkan paperbeg brand kita antara salah satu koleksi mereka. Selain itu, bila beri paperbeg tersebut pelanggan seperti dalam hadiah yang special dari butik atau kedai tersebut.

Di zaman teknologi ini kebiasaannya pelanggan akan upload produk atau barang yang mereka beli. Jika mereka upload paperbeg dari butik atau kedai anda dalam media social pasti ramai akan tanya di mana pelanggan tersebut beli barang atau produk itu sellmyhousefast, yang pastinya anda akan dapat tempias mereka dan produk anda menjadi viral.

Produk Apa Sesuai Guna Paper bag?

  1. shawl
  2. blouse atau baju kurung
  3. kasut
  4. minyak wangi
  5. barang kecantikan
  6. barang kesihatan

Kenapa Anda Perlu Tempah Paperbag dengan Stickiz?

1. Boleh pilih dari 6 saiz yang berbeza

Terdapat pelbagai saiz paperbeg yang sesuai mengikut produk anda. Nak saiz kecik, besar, lebar semua ada hanya di Stickiz. Lepas ini nak cari brand paperbeg sendiri dah tak pening, order je dekat Stickiz mudah dan cepat, harga pun berpatutan mengikut jenis paperbeg.

2. Boleh Pilih Warna Tali yang Berbeza

Keistemewaan dapatkan paperbeg di Stickiz ialah boleh sesuaikan ikut warna tema produk atau design. Contohnya, tema butik warna ungu anda boleh order tali berwarna kuning, kerana warna kuning dan ungu adalah satu gabungan yang sesuai dan ia adalah warna yang mempunyai maksud kemewahan.

3. Design yang professional dengan caj design yang jimat.

Ada ijazah dalam art dan design, bagi mereka yang tiada logo atau design mereka boleh order logo atau design tersebut dengan harga serendah RM50 untuk single side. Caj design yang begitu menjimatkan kerana ia murah. Kalau dah ada design sendiri tiada caj tersembunyi yang di kenakan.

4. Unlimited Edit.

Nak paperbeg brand sendiri dan nak ia kelihatan cantik, anda boleh tengok design yang mereka hasilkan. Kalau tak puas hati team stickiz akan edit sampai anda puas hati tetapi setiap kali edit ambil masa 1 hari bekerja. Setiap design yang mereka buat akan mengikut ciri-ciri kehendak pelanggan dijamin puas hati sehingga mereka hasilkan paperbeg brand anda sendiri.

5. Material Kualiti Paperbag yang kuat

Jika hendak sesuatu produk atau barang pasti kita hendak lihat meterial kualiti sesuatu produk supaya ia tahan lama. Jadi tak payah risau paperbeg terbolos ke atau barang terjatuh dari paperbeg kerana kualitinya sangat tahan dan kuat.

Senarai Saiz dan material Paperbag

Berikut senarai saiz paperbag custom made. Disarankan untuk terus whatsapp ke 014-9239435 (Shikin) jika kurang faham jadual harga di bawah dan untuk mengelakkan silap faham tentang harga yang diberikan. Sales coordinator Stickiz akan bantu anda membuat tempahan yang betul.

Sila rujuk gambar dibawah untuk jenis dan saiz paperbag.

                                       Terdapat 2 pilihan material paperbag seperti dibawah dengan ketebalan 150gsm dan 190gsm.

A) Jenis Material Matt art Paper + Gloss/ Matt lamination

B) Jenis Material Art Card + Gloss/ Matt Lamination

 

 Buat Tempahan Sekarang!

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

Business Card

    Siapa Sesuai Buat Business Card?

  • Owner produk tertentu seperti shawl, jubah dan abaya, produk-produk kecantikan dan lain-lain lagi.
  • Pemilik premis seperti kedai dobi,bengkel kereta, kedai makan dan sebagainya.
  • Team door to door service macam servis cuci carpet ke atau daily maid.
  • Home tutor.
  • Freelance photographer atau MUA.
  • Pemborong makanan atau pakaian.
  • Team sales and marketing contohnya Astro,Coway,Unifi.
  • Perunding takaful.
  • Perunding hartanah.
  • Pemilik homestay.
  • Suri rumah yang berbisnes sendiri macam home baker.

2 Jenis Material Business Card yang anda wajib tahu

1. Business Card jenis glossy

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan business card menggunakan material kertas Art Card. Material art card ni sebijik sama dengan material kad kahwin. Ianya keras dan kuat.

Business Card jenis glossy ni bermaksud ianya material Art Card dengan efek kesan berkilat (glossy). Contohnya bila anda gerak-gerakkan kad tersebut anda akan nampak efek berkilat. Jenis Glossy ni adalah jenis yang paling standard untuk kad bisnes.

2. Business Card jenis matte

Jika Business Card jenis glossy ada kesan berkilat, kad bisnes jenis matte adalah berlawanan dengannya. Kad jenis matte adalah jenis TIDAK berkilat. Terpulang kepada anda samaada lebih berminat dengan glossy atau matte.

Jika tanya Kiz, Kiz lebih berminat dengan Business Card jenis matte kerana ianya kelihatan lebih exclusive.

3 Jenis ‘Make Up’ (finishing) business card

Ok selepas kenal pasti jenis material bagaimana yang anda minat, anda perlu tahu jenis finishing apa yang anda mahu tambah. Finishing ini ibarat aksesori tambahan untuk Business Card. Ianya akan membuatkan kad anda kelihatan lebih cantik dan eksklusif.

Tambahan finishing adalah TIDAK wajib. Anda boleh pilih untuk tidak mahu sebarang finishing padaBusiness Card anda.

1. Spot UV

Spot UV adalah efek seakan-akan timbul pada beberapa bahagian pada Business Card anda. Contohnya anda mahu kesan spot uv pada nama anda sahaja.

2. Emboss

Berbeza dengan spot uv, finishing emboss pula ada bahagian yang betul-betul timbul pada kad tersebut. Jika anda lihat dari jauh pun anda boleh nampak ada bahagian yang timbul.

3. Hot Stamping

Hot Stamping adalah bahagian dimana ianya akan kelihatan berkilat yang betul-betul berkilat. Biasanya bewarna GOLD atau SILVER. Jika anda suka Business Card anda nampak exclusive, anda perlu tambah finishing spot uv.

Kenapa Anda Perlu Buat Business Card dengan Stickiz?

1. Design yang professional

 

2. Design siap dalam 1-2 hari bekerja sahaja

3. Proses siap yang pantas

4. Kad dicetak menggunakan mesin canggih.

Senarai Harga Business Card

Berikut senarai harga bisnes kad mengikut jenis material dan finishing. Jika rasa susah untuk faham jadual harga, dinasihatkan whatsapp terus ke 014-9239435 (Shikin). Sales Coordinator Stickiz akan bantu cik buat pilihan yang sesuai.

   

Cara Buat Tempahan

 

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

Tips Mula Bisnes 1 – Tips Pilih Produk

Siapa-siapa yang baru nak mula bisnes mesti pening tercari-cari nak jual produk apa.. Tak tau nak mula dari mana betul tak?

Dulu Kiz pun sama je jugak, pening tak tau nak jual produk apa.. Lepas tu main hentam kromo je try produk ni produk tu..Lepas tu mula lah fenomena produk ‘menyorok’ bawah katil… ades

Ok meh Kiz bagi tips untuk pilih produk

5 TIPS PILIH PRODUK YANG SESUAI DENGAN ANDA

1) Modal Bawah RM2000

Ok ini adalah prinsip yang kiz pegang sampai ke hari ni, modal permulaan tolong jangan lebih RM2000 kalau belum pernah jual produk tu..

Pernah dengar fenomena produk tersangkut, berlonggok bawah katil sebab takde orang beli?

Haa tu salah satu kesan bila spend banyak sangat modal untuk produk yang kita belum gerenti ada orang nak beli. WALAUPUN orang lain jual laku keras.. Ya, tak semestinya anda jual akan laku keras…


Lepas tu jangan sesekali hutang dengan bank untuk modal, jangan hutang dengan sesiapa pun kalau boleh..
Modal RM2000 ni adalah modal paling selamat, incase kalau tak laku pun takde lah banyak sangat burn..

2) Validate dahulu permintaan produk.

Sebelum anda pecahkan tabung kucing duit simpanan anda tu, ini ada 1 benda penting yang anda mesti buat dulu.

VALIDATION

Maknanya, kita kena survey dulu produk kita ada permintaan ke tak..

Mintak pendapat suami,isteri,mak, ayah, atok, nenek, kawan, sepupu, ok tak kalau nak buat bisnes ni..

Tempat nak survey pun ada banyak,
– Boleh survey di fb personal
– Boleh survey di tempat awam
– Boleh survey di mana-mana sahaja yang anda rasa orang tu target market produk anda

Contoh survey di fb,
“Siapa sini ada masalah tak jumpa tempat printing yang design dia cantik tapi cepat?”

3) Tentukan siapa target market anda

Haa tuan-tuan dan puan-puan, ini antara yang paling penting ok..

Anda kena tahu produk yang anda nak jual tu, nak jual pada siapa?

Lelaki ke perempuan?
Range umur berapa?
Tinggal di bandar ke kampung?
Kerja ke tak kerja?
Status apa?
Anak berapa orang?

Lagi detail yang anda tahu lagi bagus..

Bila anda tahu target market, baru senang nanti anda nak buat ayat marketing..

Target market ni kalau anda dapat master betul-betul jualan akan jadi kacang sangat… serius!

Jap ni saya share satu artikel ringkas dari tuan Bukhari (pakar bab target market ni)

Artikel ni ringkas je tapi padu…
http://brc.my/3-soalan-iklan/?hai=131

4) Mulakan dengan Dropship kalau boleh

Idea nak jual produk apa dah ada, target market dah ada tapi modal belum cukup la pulak..

Tapi nak jugak start sekarang! (semangat ni)

Ok kalau camtu, apa kata anda try dropship.

Konsep Dropship macam ni tau

1. Anda promote produk tapi produk tu ada pada penjual dropship tu
2. Customer beli melalui anda
3. Baru anda order dengan dropshipper
4. Dropshipper akan hantar terus ke customer anda

Hebat kan?

Anda tak perlu keluar modal pun, biar customer yang bayar modal anda, anda kuar modal marketing je sikit… tu pun kalau buat marketing..

Kalau promote kat fb personal je? Haa..

5) Kalau ada special skill, buat servis dulu

Ini kalau anda ada special talent, Kiz rekemen anda mula dengan bisnes jenis servis dulu sebab modal untuk bisnes servis sangat sangat sangat kecil..

Contohnya,
– Buat servis design
– Servis gunting rambut orang rumah ke rumah
– Servis cuci kereta rumah ke rumah
– Servis cuci tangki (kawan kiz ada buat ni, masyuk beb)
– Servis cuci karpet
– Servis tulis ayat iklan copywritting
– Servis buat custom made perabot
– Uber?

Dan banyak lagi lah… Dah kumpul duit dari bisnes servis tu, baru lah start buat bisnes yang anda nak buat tu..

Kiz pun awal-awal dulu start dengan servis tau, masa tu Kiz buat freelance design je.. Lepas tu bila asyik buat design, ramai pulak client mintak nak print skali..

Dari situ slow-slow Kiz bangunkan stickiz, bermula dengan printing sticker, sekarang dah hampir semua benda Kiz boleh print.

 

Kalendar Biasa / Islamik wall calendar

Lengkapkan tahun 2025 anda dengan Kalendar Dinding yang stylish dan praktikal! Dengan reka bentuk menarik, setiap bulan penuh dengan inspirasi dan kemudahan untuk merancang aktiviti. Sesuai untuk pejabat atau rumah. Tempah segera sebelum kehabisan stok!   Jenis Kalendar Dinding

Kalendar Kuda / Racing Horse Calendar

Kalendar Islam / Islamic Calendar

  Pilihan Saiz Kalendar            

 

 

 

 

 

 

 

Material Kalendar Header : Boxboard Grey Back 300gsm (1 Sheet) Content : Simili 60gsm (12 Sheets)   Service Design Tiada reka bentuk untuk kalendar anda? Kami sedia membantu! Dapatkan khidmat reka bentuk kalendar bermula dari hanya RM40. Kami akan bantu wujudkan kalendar yang menarik dan mengikut citarasa anda. Whatsapp kami hari ini untuk maklumat lanjut dan tempahan!  

Jom Stickiz bantu dengan Klik Whatsapp dibawah dan buat tempahan sekarang!

Sticker Cermin Kereta

Sticker cermin kereta ni ada banyak kegunaan seperti :

  • Sebagai pelekat kediaman / perumahan (biasanya rumah jenis apartment) – untuk mengesahkan parking untuk kereta pemilik rumah.
  • Sebagai pelekat untuk sekolah / institusi / pejabat – memudahkan pengawal untuk kenal pasti siapa yang boleh masuk.
  • Untuk mengingatkan pelanggan (biasanya bengkel servis kereta) – memudahkan pelanggan untuk tahu bila perlu pergi untuk pemeriksaan seterusnya.
  • Untuk letak no telefon bagi kegunaan emergency – biasanya syarikat insurans akan bagi sticker cermin kereta untuk ditampal pada cermin kereta supaya jika berlaku sebarang masalah, senang untuk buat panggilan bantuan.

Siapa yang sesuai guna cling window sticker ini?

  • Management Perumahan / Kediaman / Apartment / Rumah Taman.
  • Management Sekolah / Pejabat Swasta atau Kerajaan / Perbadanan.
  • Pemilik Bengkel Kereta
  • Pemilik Syarikat Insurans
  • Pemilik Bisnes

Kelebihan Utama Sticker Cermin Kereta untuk Pemilik Bisnes

  1. Branding Bisnes

    Anda perasan tak? Kebanyakan syarikat bisnes besar-besar seperti Petronas, Shell, KFC, MC D akan berikan anda stiker kereta untuk ditampal pada cermin kereta anda? Dan untuk menarik minat anda tampal stiker tersebut di cermin kereta anda, mereka akan gunakan ia sebagai contest atau VIP customer contohnya.

    Semua benda tersebut adalah untuk branding sebenarnya. Anda pandu kereta anda dimana-mana orang akan nampak sticker mereka di kereta anda. Dan pastinya bukan anda seorang yang pakai sticker yang sama. Mungkin ada beratus ribu lagi orang lain yang diberikan sticker yang sama.

    Mereka mahukan orang lain supaya nampak logo / branding mereka di merata-rata tempat. Supaya anda susah nak lupa brand mereka.

  2. Marketing & Sales Bisnes

    Ok sekarang bayangkan pula anda sedang lapar (lama tak makan selain lauk-lauk biasa). Lepas tu masa tengah berhenti di trafik light yang sedang merah. Anda nampak ada kereta yang ditampal dengan sticker KFC contohnya.

    Secara anda tak sedar, anda akan terfikir dan mungkin teringat, “Ahaa, KFC.. lama jugak aku tak makan ayam kfc ni.. “. Secara tiba-tiba anda teringin nak makan KFC. Kena pula 2-3 hari sebelum tu anda dah pun ternampak logo branding KFC di signboard, iklan tv dan sebagainya.

    Dan itu lah salah satu faktor kenapa Kiz katakan sticker kereta ni sangat power.

  3. Bayangkan Orang Tengok Brand Anda di Merata Tempat?

    Bagaimana pula jika Sticker Brand anda sendiri pula yang ada di merata-rata tempat orang pergi? Pasti orang ramai akan ingat brand anda sebagai brand yang boleh dipercayai, brand yang bagus bukan?

    Ok sebelum anda buat tempahan sticker kereta ni, anda mesti nak tahu dulu jenis-jenis sticker cermin yang ada betul?

3 Jenis Sticker Cermin Kereta (Car Sticker)

A. Face In Sticker.

Face In sticker bermaksud ianya untuk dilihat dari dalam kereta. Contoh paling mudah adalah sticker servis kereta. Perasan tak selepas anda buat servis kereta, akan ada satu sticker petak kecil yang menunjukkan tarikh untuk servis seterusnya? Itu dinamakan face in sticker.

B. Face Out Sticker.

Jenis Face Out adalah yang paling popular digunakan sebagai stiker cermin kereta. Ianya jenis sticker yang boleh dilihat dari luar cermin kereta. Hampir setiap kereta ada sticker jenis face out, iaitu roadtax. Cuma bezanya, roadtax menggunakan gam yang kuat dan Sticker Cermin kereta biasa tidak menggunakan gam (mudah cabut dan tampal). Antara contoh lain stiker jenis ‘face out’ adalah seperti sticker untuk sekolah, perumahan, stiker MC D dan macam-macam lagi.

C. Both Side Sticker.

Seperti yang anda agak sekarang, ‘both side’ bermakna stiker tersebut boleh dilihat dari luar dan dalam kereta. Selalunya kegunaannya lebih kepada untuk rekod servis kenderaan seperti di bawah,

 

 

 

 

 

 

Boleh tengok antara contoh sticker yang pelanggan kami buat dengan Stickiz!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buat Tempahan Sekarang!

ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 (Shikin) sekarang !

P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.

Tips Asas Kira-Kira Produk

Dulu-dulu Kiz buat bisnes main hentam je, yelah, mana ada orang nak ajar kira-kira macam ni.. Lepas tu, bila dah tau, tepuk dahi beb

Baru tau rupa-rupanya selama ni ingat untung banyak lah sangat, padahal RUGI BESAR… .

Tips yang Kiz nak kongsi ni sangat penting tau.. Bukan setakat sangat penting, tapi GILA GILA PENTING!

‘Benda’ ni boleh selamatkan bisnes anda sebenarnya, jangan risau, nanti anda akan tahu kenapa..

sticker-murah-tips-asas-kira-kira-produk-01

BERAPA KOS PRODUK ANDA?

First thing first, berapa kos produk anda? Berapa harga anda dapat dari supplier..

Contoh produk anda choc moist, anda perlu kira untuk setiap 1 choc moist yang anda buat tu,

– Berapa kos bahan
– Kos bekas coklat
– Kos sticker nak tampal kat bekas
– Kos postage (kalau anda bagi free postage)

Kira kos yang terlibat sahaja, yang boleh kira untuk setiap produk.. Contoh kalau anda letak kos oven macamana nak kira kos dia kan..

KOS KOS LAIN YANG TERLIBAT?

Sekarang senaraikan pula kos-kos lain yang terlibat dalam bisnes anda..

Bukan yang terlibat dengan produk sahaja tau, dalam bisnes anda sekali..

Contoh anda jual secara online, mesti anda ada guna internet kan? So bil internet pun kira skali..

Kat bawah ni Kiz listkan kos yang tipikal..
– Sewa Kedai (jika ada)
– Minyak kereta (yang guna untuk bisnes)
– Bil Elektrik Bil Air
– Beli alat tulis
– Upah jiran tolong jaga anak (jika ada)
– Beli topup untuk call customer
– Gaji anda sendiri

Listkan semua yang terlibat dengan bisnes anda.

Tapi jangan termasukkan kos produk yang anda dah listkan sebelum tadi (contohnya kos bahan mentah)

Yang gaji tu wajib masukkan, anda kena tentukan sendiri berapa gaji yang sesuai untuk anda dan setiap hujung bulan jumlah gaji tu sahaja yang anda boleh guna untuk personal..

 

BAGAIMANA PULA DENGAN KOS MARKETING?

Ada buat Fb Ads? Iklan Radio? Edar Flyers? Ataupun selalu belanja client makan untuk promote bisnes?

Senaraikan semua kos yang terlibat.. maksud Kiz, betul-betul semua kos yang terlibat..

Contoh edar flyers
– Kos print flyers
– Kos design flyers
– Kos upah orang distribute flyers

Contoh Buat Fb Ads
– Kos Fb Ads
– Kos upah designer design gambar fb ads

 

BERAPA SALES SEBULAN ANDA?

Hah ni kalau anda tergagap-gagap nak jawab sebab tak tahu berapa sales sebulan ni..

Maknanya anda tak sayangkan bisnes anda..

Anda kena tahu setiap hari berapa sales anda dapat.. Dan kalau boleh ada target berapa nak capai setiap hari, mesti catat hari-hari.

Sales ni macam kayu ukur bisnes anda, bila sales kurang maknanya ada something wrong, ada yang kena baiki.. Daripada sales sahaja macam-macam data anda boleh tengok. Menurun ke naik ke? statik je ke?

Thats Why sangat penting kena tahu sales..

 

FORMULA KIRA-KIRA TEPUK DAHI

Kenapa Kiz kata ni formula tepuk dahi? Sebab ni lah formula yang buat Kiz tepuk dahi lepas discover rupanya bisnes kiz rugi suatu masa dulu..

Sebab tu Kiz beriya nak ajar anda nih.. So ini lah dia formula nya..

Ok sebelum itu mari kita recap semula dulu, jadi sekarang anda dah ada :
– Total Sales Sebulan
– Total Kos Produk
– Total Kos Lain
– Total Kos Marketing

Sekarang, Gunakan formula ini,

Total Sales – Total Kos Produk – Total Kos Lain – Total Kos Marketing = NET PROFIT

Lepas buat kira-kira ni, anda akan dapat jawapannya, untung ke rugi ke? Ke cukup-cukup makan (breakeven)..

Sekarang anda dah tahu ‘STATUS’ sebenar bisnes anda..Anda dah nampak muka sebenar bisnes anda disebalik topengnya..

Masa untuk baiki mana yang patut..

Contoh lepas kira-kira tadi anda dapati anda rugi…

Maknanya sama ada kena naikkan sikit harga produk atau pun kurangkan mana kos yang perlu kurangkan..

Biasanya yang ‘makan’ banyak kos bisnes adalah marketing (dalam kes kiz lah)..

Macam Kiz, rupanya terlalu banyak spend marketing yang tak berbaloi.. rupa-rupanya tak analisis iklan fb betul-betul..

Tapi kalau rasa marketing dah ok, check benda lain pulak, apa lagi yang boleh kurangkan..

Part Readjust ni anda sahaja yang tau apa perlu dibuat.. So samaada anda teruskan rugi atau buat sesuatu..

 

Tak Mahu Terlepas Tips Bisnes dari Kiz?

Klik Sini http://stickiz.com.my/tak-mahu-terlepas-tips-bisnes/

Tips : Teknik naikkan likers fb page anda tanpa guna fb ads

Aik yeke? Bukan nak naikkan like mesti guna fb ads ke?

Haa! Anda SILAP BESAR dah ni..

Ada jugak teknik yang anda boleh gunakan untuk naikkan like di page tanpa perlu guna fb ads lansung tau..

Teruskan baca ye…

Sebelum tu, tips yg bakal Kiz nak Share Sekarang kat anda ni KHAS untuk bisnes makanan tau..

Contohnya macam cakes, cookies, choc moist, cupcakes dan sebagainya.. Btw, yg bisnes lain pun boleh guna jugak kalau sesuai..

Ok sedia? Seat Belt dah pakai? Enjin dah start?

14237737_1249334655091024_2018761012825913135_n

TEKNIK NAIKKAN LIKE UNTUK PAGE BISNES

STEP 1 : KOREK IDEA

Sekarang, anda kena berfikir sikit apa yang anda nak share di page anda.. Pastikan benda yang anda nak share tu :
– Ada kena mengena dengan bisnes anda
– Benda yang menarik
– Knowledge yang ramai orang tak tau..

Kat bawah sekali nanti Kiz akan bagi link satu page ‘masakan’ yang memang POWER dalam teknik ni..
STEP 2 : AMBIL GAMBAR ATAU BUAT VIDEO
======

Ok contoh lah anda buat bisnes Choc Moist, dan anda rasa hmm tak ramai lagi ni tau cane buat Choc Moist..

So anda pun buat tutorial cara nak buat choc moist

Sekarang anda kena pilih samaada nak gunakan gambar ke video?

Dua-dua ok sebenarnya, kalau gambar anda tinggal ambil gambar untuk setiap step lepas tu edit sikit letak caption..

Kalau video pulak nak kena record lepas tu edit-edit, trim, letak caption dan sebagainya, renyah sikit lah…

STEP 3 : UPLOAD KAT PAGE MAKANAN ANDA
=======

Sekarang upload ke page bisnes anda tu, lepas tu tulis la secara ringkas apa step by step dia..

Lepas upload nak kena buat apa?

Ok kalau like di page anda masih sikit, susah sikit post tu nak viral, so anda kena share di FB Personal anda lepas tu mintak lah kawan-kawan adik kakak abang mak ayah abang long pak long anda share post anda tu…

InsyaAllah lepas tu anda akan lihat ramai mula like n share post anda tu, dan secara tak lansung, page like akan naik..

JAP JAP JAP..

Saya tahu, mesti anda nak tanya soalan ni kan?

======
EH NANTI KALAU SAYA SHARE CARA SAYA BUAT CHOC MOIST SAYA HABIS LAH ORANG TAK NAK BELI???
======

Hmmm..

Part ni yang ramai orang silap faham jugak, anda kena faham benda ni, manusia ni secara lumrahnya TAK MINAT buat benda yang susah..

So instead of betul-betul tak action buat ikut gambar/video tutorial anda tu, diorang lebih suka like & share je sebenarnya..

Lepas tu lagi best,diorang beli je terus dengan anda sebab dah percayakan anda, lagi2 kalau anda pandai buatkan gambar tu nampak sedapnyaaaaa…

Tak faham jugak?

Alaa macam post yg Kiz tengah tulis ni jugak, agak-agak berapa ramai yang tak action buat apa yang Kiz cakap?

Kan? Dalam bisnes ni satu je Kiz nak cakap, bila belajar sesuatu, buat cepat-cepat, jangan tangguh, insyaAllah berjaya..

Oraite next post Kiz nak share tentang Senarai Idea post yang anda boleh gunakan untuk bisnes makanan anda..

P/S : Jangan lupa like fb page Stickiz tau, baru semangat Kiz nak share lagi rahsia-rahsia bisnes yang ramai otai tak nak share..