
Bisnes Apa Sesuai Marketing Guna Flyers?
– Pusat Tuisyen
– Salun & Spa Kecantikan
– Perkhidmatan Uber
– Pusat Servis Kereta
– Pasaraya
– Kedai Buku
– Pusat Rawatan Tradisional
– Kedai Jual Barangan Secara Online
– Perkhidmatan Kereta Sewa


Jenis-Jenis Material Kertas dan Saiz Flyers
1. Material Simili Paper
Kertas jenis simili adalah kertas jenis paling standard yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Contohnya, jika anda pernah photostat IC, ataupun print assignment, ianya adalah kertas jenis simili.
Cuma bezanya hanya pada tebal atau nipis kertas tersebut. Dalam printing, ketebalan kertas diukur dalam bentuk gsm (gram per square metre), contoh kalau kertas jenis brand double AA tu biasanya 70/80gsm.
Untuk flyers, kita kana gunakan kertas simili jenis 105gsm dan keatas untuk elak kertas mudah terkoyak.
2. Material Art Paper
Kertas jenis Art Paper berbeza dengan kertas jenis simili. Kertas jenis Art Paper lebih kuat dan lebih berkilat berbanding Simili Paper.
Jenis material Art Paper adalah paling banyak digunakan untuk flyers kerana ianya nampak lebih professional. Jika anda tanya Kiz, disarankan pilih material jenis Art Paper kerana ianya lebih cantik.
Pilihan Saiz Flyers yang Standard.
Berbeza dengan kad bisnes, flyer mempunyai beberapa saiz yang berbeza. Kebanyakkan pelanggan Stickiz akan pilih samaada saiz A4 atau A5. Sangat jarang untuk buat flyers jenis A3 kerana ianya terlalu besar.
1. Saiz A4
Saiz yang paling standard. Sama seperti saiz kertas yang anda guna untuk photostat kertas. Secara tepatnya, 210mm x 297mm. Anda boleh pilih samaada mahukan ia menegak atau melintang.
2. Saiz A5
Selain saiz A4, ramai juga berminat menggunakan saiz A5 untuk flyer kerana lebih jimat dari segi kos. Secara mudahnya, saiz A5 adalah separuh daripada saiz A4, sama seperti kertas A4 yang dilipat dua. Ataupun 148mm x 210mm.
3. Saiz A3
Saiz A3 pula adalah seperti kertas A4 digandakan dua. Ataupun 2 kertas A4 yang digabungkan. Ataupun bersamaan dengan 297mm x 420mm.
Kenapa Anda Perlu Tempah Flyers dengan Stickiz?
1. Design yang professional dengan caj design yang jimat.
2. Unlimited Edit.
3. Proses siap yang pantas
4. Jika Order Kuantiti Banyak kami boleh hantarkan.
ATAU Whatsapp secara manual ke 014-9239435 sekarang!
P/S : Arahan mudah seterusnya akan diberikan.